hi..readers..asanya dah lama aq x update blog yg x seberapa ni..semenjak kebelakangan nie banyak sangat hal memang tersangat2 laa bz...hihihi..malam nie masa aq taip entry nie.aq asa rindu kat somebody yg special di hati aq..nak taw x sapa..?? heheh...aq rindu kat ayah aq laa..yang duk jauh di tanah Suci Mekah...tp x lama ag balik laa..x sabar nak tgu kan.. hmm..
malam nie jgak aq hepy sangat sebab td kakak ipar aq selamat melahirkan sorg baby girlz yg comey sangat macam mak sedara dy...heheh..prasan gila...
.ok lah wahai blogger2 semua..kali ni aku nak share something yg bermanfaat untuk kita semua... harap korang suka laa baca apa yg aku cuba sampaikan...:)
CARA SIHAT MAKAN AISKRIM......:)) ===========>
sebut sahaja tentang aiskrim membuatkan lidah terliur setiap masa..apatah lg ketika musim panas pasti ia menjadi rebutan..pelbagai perisa blh diperoleh di pasaran seperti vanilla, coklat, stawbery, durian, jagung dan sebagainya.... rasanya memang sangat sedap dan sukar untuk digambarkan nikmatnya..hehehe.. mereka yg sedang berdiet, aiskrim bukanlah menjadi hidangan pilihan kerana takut menggemukkan badan. ikuti cara yg betul untuk menjadikan makan aiskrim ini aktiviti yg sihat... :)
SATU SKOP SAHAJA
Sebenarnya satu skop memang tidak mencukupi bg penggemar aiskrim. untuk menjaga kesihatan, memang itu digalakkan agar kalori yang anda ambil tidak brlebihan. teliti terlebih dahulu perisa aiskrim yg anda inginkan. pilih kandungan yg menyihatkan seperti kacang tanah, pistachio, teh hijau, kacang merah dan badam.
BEKAS AISKRIM
Untuk menambah lg selera, kebiasaannya aiskrim akan dimakan bersama2 waffle, biskut, kon wafer, roti ataw pun madu. rasanya memang mengiurkan. tetapi untuk diet yg seimbang, lupakan semua itu kerana ditakuti ada tambahan kalori lain selain daripada aiskrim. sebaiknya, pilih bekas yg diperbuat daripada gelas ataw pun cawan kertas sahaja.....
SUAP PERLAHAN LAHAN
jgn terlalu gelojoh ketika menikmati rasa aiskrim yg ada di depan mata.. disebabkan ia merupakan makanan yg sejuk maka apabila ia mengenai lelangit mulut anda, akan berlaku sedikit kejutan. saraf2 yg ada pada mulut akan terus berhubung dgn saraf di bahagian kepala anda. oleh itu, apabila saraf ini terganggu ketika anda makan aiskrim terlalu cepat, kemungkinan mendapat sakit kepala adalah tinggi risikonya......
PERISA TAMBAHAN
aiskrim tanpa tambahan bahan di atsnya kelihatan kurang mengiurkan. disebabkan itu, penjual sering kali meletakkan aneka carian coklat, marshmallow, kekacang ataw pun jelly di atas aiskrim agar rasanya lebih sedap.. ada juga dilengkapkan dgn sos perisa stawbery, caramel, dan whipped cream. semua perisa tambahan tersebut memang mengandungi kalori yg tinggi kecuali jika diletakkan pelbagai jenis potongan buah-buahan segar...:)
MINUM AIR KOSONG
aiskrim sebenarnya mempunyai unsur karbohidrat yg tinggi.. sebaiknya, selesai sahaja menikmati aiskrim, anda disarankan untuk memperbanyakkan minum air kosong dan juga menggosok gigi.. apa2 jua makanan yg berkarbohidrat jika dibiarkan tertinggal sedikit di mulut dan celahan gigi, ia boleh mengundang kepada kerosakan gigi. amalan membersihkan gigi dan mulut selepas makan perlu dijadikan aktiviti harian yg sangat penting.....:)
==>>nie ja yg dapat aku share nn korang... untuk entry aku akan datang aku share benda lain plakk... banyak sangat sebenarnya aku nak taip tapi x sempat....heee... cekedaottt..!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan