DiArI kEcAnTiKaN
1.menegang kulit
bersih dan parutkan lobak merah sehingga halus. selepas itu, campurkan hasil parutan tersebut dengan satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. kacau hingga sebati, kemudian sapu keseluruh wajah sekali sehari.
2. Atasi rambut gugur
Rendam secawan kacang hijau semalaman. tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil memicit kepala perlahan-lahan. bagi anda yang mengalami masalah rambut gugur elakkan mengikat rambut dengan gelang getah.
3. lebatkan kening
memiliki kening yang cantik pastinya menjadi idaman setiap wanita. ambil isi lidah buaya dan sapukan di kening setiap malam.
4. melicin dan memerahkan kulit
ambil sebiji buah tomato masak , lecek sehingga halus. kemudian pupurkan di eluruh muka. biarkan mengering selama 20 minit. bilas dengan air bersih. amalkan 2/3 kali seminggu.
5. menghilangkan kelemumur
perahkan air limau parut/nipis di atas kulit kepala. lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. untuk hasil yang baik, biarkan rambut diperap dengan tuala. basuh dengan air suam. selain itu, petua ini jjuga berguna bagi mengurangkan pening kepala.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan