Jumaat, 25 Oktober 2013

kahwin gantung..

Assalamualaikum sayang sayangku sekalian... cewahh !! haha . Best x tajuk entry Eda kali nie ?? haha mesti ramai terkejut kan pasaipa tetiba aku taip entry pasal kahwin gantung nie . oppsstt ... sebelum tuu biaq aku jelaskan dulu..tajuk entry aku kali nie kebetulan saja...bukan sebab aku yang nak kawen gantung tau !! tak mau...xmauuu... pikiaq lagu tu  naa.... sesaja ja aku nak kongsi benda menarik nie dengan kawan kawan semmua.....okey...nak tau apa tu nikah gantung nie, jommmm.... layann dulu....

DEFINASI NIKAH GANTUNG
Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.
Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.
Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti
  • Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
  • Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
  • Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.
Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.
Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.
Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.
Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.

ok...aku harap artikel nie memberi manfaat kepada kita semua.... :)

Jumaat, 23 Ogos 2013

Sepi itu indah . .

Assalamualaikum sahabat sahabat ku , rasanya dah lama kot aku tak update blog nie . . bukan aku menghilang tapi banyak perkara yang perlu aku selesaikan .. memang dah berhabuk pun blog aku neh . . aku tetap lagi macam dulu . . berkerja untuk mencari rezeki  . . tapi satu benda baru yang aku mula mencuba. .  hahaa.. apa benda baru tu aku masih kena rahsiakan dulu sebab belum berjaya. . . bila dah ok nanti haha baru best aku nak gitau semua org. . .

Sekarang nie Alhamdulillah sangat sangat dengan kehidupan aku . . aku masih ada mereka mereka yang sayangkan aku . . Family aku dan Si Dia. .  tahun nie dah dekat 9 tahun aku kenal buah hati aku. . mak ayah pun dah bising bising . .  saudara mara pun pakat duk tanya bila nak kawen. .  stresss nya aku. .  meh aku jawab kat sini ja kenapa aku masih belum nak kawen . .  aku dan dia sekarang nak tunggu dulu sebab banyak lagi perkara yang belum di selesaikan. .  sebab dy kata biar dia penuhkan dulu mahligai cinta kami tuu dengan semua keperluan .. nanti bila aku dah boleh masuk mahligai tuu , sapu kaki jew . .  kerja pun x payah tuk beli prabot ke apa ker. . .  sabar lah yer. . . kami bukan orang senang .  . dia pulak anak yatim piatu. . .  InsyaAllah bila semia misi kami selesai , kad jemputan akan sampai ke tangan anda semua . .  .  hehe......... tu je kot tuk kali nie . ... byeeeezzz <3