Jumaat, 25 Oktober 2013

kahwin gantung..

Assalamualaikum sayang sayangku sekalian... cewahh !! haha . Best x tajuk entry Eda kali nie ?? haha mesti ramai terkejut kan pasaipa tetiba aku taip entry pasal kahwin gantung nie . oppsstt ... sebelum tuu biaq aku jelaskan dulu..tajuk entry aku kali nie kebetulan saja...bukan sebab aku yang nak kawen gantung tau !! tak mau...xmauuu... pikiaq lagu tu  naa.... sesaja ja aku nak kongsi benda menarik nie dengan kawan kawan semmua.....okey...nak tau apa tu nikah gantung nie, jommmm.... layann dulu....

DEFINASI NIKAH GANTUNG
Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.
Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.
Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti
  • Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
  • Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
  • Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.
Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.
Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.
Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.
Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.

ok...aku harap artikel nie memberi manfaat kepada kita semua.... :)

Jumaat, 23 Ogos 2013

Sepi itu indah . .

Assalamualaikum sahabat sahabat ku , rasanya dah lama kot aku tak update blog nie . . bukan aku menghilang tapi banyak perkara yang perlu aku selesaikan .. memang dah berhabuk pun blog aku neh . . aku tetap lagi macam dulu . . berkerja untuk mencari rezeki  . . tapi satu benda baru yang aku mula mencuba. .  hahaa.. apa benda baru tu aku masih kena rahsiakan dulu sebab belum berjaya. . . bila dah ok nanti haha baru best aku nak gitau semua org. . .

Sekarang nie Alhamdulillah sangat sangat dengan kehidupan aku . . aku masih ada mereka mereka yang sayangkan aku . . Family aku dan Si Dia. .  tahun nie dah dekat 9 tahun aku kenal buah hati aku. . mak ayah pun dah bising bising . .  saudara mara pun pakat duk tanya bila nak kawen. .  stresss nya aku. .  meh aku jawab kat sini ja kenapa aku masih belum nak kawen . .  aku dan dia sekarang nak tunggu dulu sebab banyak lagi perkara yang belum di selesaikan. .  sebab dy kata biar dia penuhkan dulu mahligai cinta kami tuu dengan semua keperluan .. nanti bila aku dah boleh masuk mahligai tuu , sapu kaki jew . .  kerja pun x payah tuk beli prabot ke apa ker. . .  sabar lah yer. . . kami bukan orang senang .  . dia pulak anak yatim piatu. . .  InsyaAllah bila semia misi kami selesai , kad jemputan akan sampai ke tangan anda semua . .  .  hehe......... tu je kot tuk kali nie . ... byeeeezzz <3

Selasa, 24 April 2012

pic nie aku snap masa dalam keta otw ke jitra...






pic nie masa kat hospital.. masa nie ayah aku kat wad... sempat lagi nak berposing kat wad kan...

Jumaat, 20 April 2012

aq doakan ayah cepat sembuh

hai olls.. sejak kebelakangan nie aq bz sangat.. hospital tue dah macam rmah kedua aq sekeluarga.. lepas ayah aq balik dari umrah kami sekeluarga terkejut tenguk keadaan ayah aq yg x bermaya.. bayangkan dua minggu kat sana ayah aq langsung x manjamah makanan.. cuma harapkan buah kurma nn air ja untuk  ayah kuat mengerjakan umrah... ayah cakap dy x lalu nak makan masakan sana.. tapi Alhamdulillah walaupon tubuh ayah lemah tapi semangat ayah kuat...ayah berjaya jgak selesaikan semua ibadat kat sana... tapi sekarang ayah aq kat hospital...keadaan ayah hari ni dah nampak ok berbanding 4 hari yg lalu... 2 hari kat wad dah dekat 20 botol ayah tambah air.. sedeyy x tercakap kowt tengok keadaan ayah masa tue... selama 22 taon aq hidup nie kali pertama aq tengok keadaan ayah macam nie..erm.. apa pon kami sekeluarga hanya mampu berdoa ayah cepat sembuh... aminn..

Ahad, 15 April 2012

hai olls.. harap shat lah yer.. sebenarnya aq ja yg x bapa shat..kpala nie dari td berdenyut2 ja.. rasa berat sgat.. tp xpa aq gagahkan gak dri aq taip entry nie malam nie.. bila dah mengadap laptop melayang laa semua asa sakit2 aq..hehehe.. malam nie aq nak crita pasal life aq yg x laa sberapa sgat.. :)) aq nak storykisah cinta aq.. bleh kan?? cinta kan lumrah manusia.. cewahhh.. hehehe..aq pon cam kawan2 gak..x lari dr gjala cinta nieyh..aku start bcnta masa aq form 3.. adooii galak awai kowt.. tp org kata cinta monyet,, mana nak kekal lama.. bila aq dah pndah skolah masa naik form 4, bf aku pon cari orang len.. aq skit pon x frust.. ramai lg aku bleh cari.. haha..aq nie kat skolah pendiam jaa.. tp bila dah duk 1 geng reyuh laa..ermm..nak taw x camna aq bleh knal kekasih hati aq KHAIRUL ANUAR..actually bf aq yg skrg nie skelas nn bf lama aq..nn kawan kelas aq lak couple nn bf aq msa tue.. tp bila dah aq tkar skolah..sgala2nya brubah skelip mata.. bf lama aq pon dah pandai wat pgai..ada awek lain laa plak.. nn yg si khairul anuar pon nn awek dy iaitu selaku mmber kamcing aq dah retak mnanti blah.. so masa tu sama2 aq nn si khairul ni bwu pas break nn bf n gf kami pon rapat.. start dr situ rr kmi mula prasan yg kami ada chemistry antara 1 sama lain.. nn sampai laa 1 hari tue..25 NOVEMBER 2006.. dy send msej kat aq yg dy nk lamar aq jd awek dy.. mla2 aq jual mhal gak..hehe pdahal dlam hati ada taman kowt.. syoq gila ahh..nn esoknya aq ckap kat dy yg aq trima dy.. ermm.. x sangka plak aq hubungan kmi dah mencecah 6 taon.. org cakap lamanya.. tp bg aq macam semalam aq baru knal dy.. macam2 ahh dgaan dalam masa 6 taon nie.. bukannya nak hepy jaa slalu an.. tp yg penting apa pun yg kita wat..kita mesti saling pcya walaupun dy pnah tpu kita.. famly kami pon masing2 dah lama restu hbgan kmi.. 2 laa yg penting sebenarnya.. restu dr org tua 2 penting taw... baru berkat.. kalo nak bcnta, bagitaw jaa twus trang.. wat pa nak slindung an.. aq mmg syg sgat kowt kt dy.. susah sama2.. senang pon sama2..yg pling aq kagum nn dy,, dy banyak sabar nn pgai aq yg panas baran..hehehe.. dy cool jaa.. x pnah nak tengking aq balik pon law aq tengking dy..haha asanya xda laki yg bleh sabar nn aq..hee.. k laa aq pon dah mula ngantuk nie..dah pkul 1.20 am.. nanti aq story benda lain plak ok!!

Khamis, 12 April 2012

cara sihat makan aiskrim...:))

hi..readers..asanya dah lama aq x update blog yg x seberapa ni..semenjak kebelakangan nie banyak sangat hal memang tersangat2 laa bz...hihihi..malam nie masa aq taip entry nie.aq asa rindu kat somebody yg special di hati aq..nak taw x sapa..?? heheh...aq rindu kat ayah aq laa..yang duk jauh di tanah Suci Mekah...tp x lama ag balik laa..x sabar nak tgu kan.. hmm..
malam nie jgak aq hepy sangat sebab td kakak ipar aq selamat melahirkan sorg baby girlz yg comey sangat macam mak sedara dy...heheh..prasan gila...
.ok lah wahai blogger2 semua..kali ni aku nak share something yg bermanfaat untuk kita semua... harap korang suka laa baca apa yg aku cuba sampaikan...:)


CARA SIHAT MAKAN AISKRIM......:)) ===========>

sebut sahaja tentang aiskrim membuatkan lidah terliur setiap masa..apatah lg ketika musim panas pasti ia menjadi rebutan..pelbagai perisa blh diperoleh di pasaran seperti vanilla, coklat, stawbery, durian, jagung dan sebagainya.... rasanya memang sangat sedap dan sukar untuk digambarkan nikmatnya..hehehe.. mereka yg sedang berdiet, aiskrim bukanlah menjadi hidangan pilihan kerana takut menggemukkan badan. ikuti cara yg betul untuk menjadikan makan aiskrim ini aktiviti yg sihat... :)

SATU SKOP SAHAJA
Sebenarnya satu skop memang tidak mencukupi bg penggemar aiskrim. untuk menjaga kesihatan, memang itu digalakkan agar kalori yang anda ambil tidak brlebihan. teliti terlebih dahulu perisa aiskrim yg anda inginkan. pilih kandungan yg menyihatkan seperti kacang tanah, pistachio, teh hijau, kacang merah dan badam.

BEKAS AISKRIM
Untuk menambah lg selera, kebiasaannya aiskrim akan dimakan bersama2 waffle, biskut, kon wafer, roti ataw pun madu. rasanya memang mengiurkan. tetapi untuk diet yg seimbang, lupakan semua itu kerana ditakuti ada tambahan kalori lain selain daripada aiskrim. sebaiknya, pilih bekas yg diperbuat daripada gelas ataw pun cawan kertas sahaja.....

SUAP PERLAHAN LAHAN
jgn terlalu gelojoh ketika menikmati rasa aiskrim yg ada di depan mata.. disebabkan ia merupakan makanan yg sejuk maka apabila ia mengenai lelangit mulut anda, akan berlaku sedikit kejutan. saraf2 yg ada pada mulut akan terus berhubung dgn saraf di bahagian kepala anda. oleh itu, apabila saraf ini terganggu ketika anda makan aiskrim terlalu cepat, kemungkinan mendapat sakit kepala adalah tinggi risikonya......

PERISA TAMBAHAN
aiskrim tanpa tambahan bahan di atsnya kelihatan kurang mengiurkan. disebabkan itu, penjual sering kali meletakkan aneka carian coklat, marshmallow, kekacang ataw pun jelly di atas aiskrim agar rasanya lebih sedap.. ada juga dilengkapkan dgn sos perisa stawbery, caramel, dan whipped cream. semua perisa tambahan tersebut memang mengandungi kalori yg tinggi kecuali jika diletakkan pelbagai jenis potongan buah-buahan segar...:)

MINUM AIR KOSONG
aiskrim sebenarnya mempunyai unsur karbohidrat yg tinggi.. sebaiknya, selesai sahaja menikmati aiskrim, anda disarankan untuk memperbanyakkan minum air kosong dan juga menggosok gigi.. apa2 jua makanan yg berkarbohidrat jika dibiarkan tertinggal sedikit di mulut dan celahan gigi, ia boleh mengundang kepada kerosakan gigi. amalan membersihkan gigi dan mulut selepas makan perlu dijadikan aktiviti harian yg sangat penting.....:)

==>>nie ja yg dapat aku share nn korang... untuk entry aku akan datang aku share benda lain plakk... banyak sangat sebenarnya aku nak taip tapi x sempat....heee... cekedaottt..!!

Khamis, 15 Mac 2012

JoM kiTa HiLaNgKaN BoRiNg BaCa BeNdA2 nIe... :)

DiArI kEcAnTiKaN

1.menegang kulit
bersih dan parutkan lobak merah sehingga halus. selepas itu, campurkan hasil parutan tersebut dengan satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. kacau hingga sebati, kemudian sapu keseluruh wajah sekali sehari.

2. Atasi rambut gugur
Rendam secawan kacang hijau semalaman. tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil memicit kepala perlahan-lahan. bagi anda yang mengalami masalah rambut gugur elakkan mengikat rambut dengan gelang getah.

3. lebatkan kening
memiliki kening yang cantik pastinya menjadi idaman setiap wanita. ambil isi lidah buaya dan sapukan di kening setiap malam.

4. melicin dan memerahkan kulit
ambil sebiji buah tomato masak , lecek sehingga halus. kemudian pupurkan di eluruh muka. biarkan mengering selama 20 minit. bilas dengan air bersih. amalkan 2/3 kali seminggu.

5. menghilangkan kelemumur
perahkan air limau parut/nipis di atas kulit kepala. lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. untuk hasil yang baik, biarkan rambut diperap dengan tuala. basuh dengan air suam. selain itu, petua ini jjuga berguna bagi mengurangkan pening kepala.